BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 16, 2010

melayan kupu2


wah aku xtau la napa byk sgt specis kupu2 kat Uitm phg ni..mgkin sbbhutan dah byk jd bgnan kot
besr2 plk tu kupu2 nye..hurm....seronok jgk jd kupu2 terbang ke mana2 tanpa arah tuju..tapi penuh dgn kekuatan meneruskan hidup mncari tempt berlindung dan mknan

Sunday, May 23, 2010

5 Latihan Kikis Lemak

5 Latihan Kikis Lemak

Membakar kalori bukan bererti hanya boleh di lakukan dengan berdiet sahaja. Kamu juga boleh lakukannya dengan berolahraga. Berikut adalah antara aktiviti yang boleh membantu untuk menurunkan kalori dalam tubuh kamu. Percaya atau tidak, hanya dalam masa 30 minit, ia boleh membakar sejumlah 300 kalori. Jadi tunggu apa lagi! Pastinya ini berita baik untuk kamu yang mahu tampil langsing bukan? Jom kita mulakan latihan-latihan berikut.



1.Squash

Istimewanya sukan squash ini, kamu tidak perlu menunggu sehingga 30 minit untuk membakar 300 kalori. Dalam 15 hingga 20 minit, olahraga ini sudah mampu membakar 300 kalori. Ini kerana kamu akan terus berlari tidak kiralah cepat ataupun lambat. Tambahan lagi sukan ini memerlukan kamu memberi reaksi yang cepat dan beri tumpuan untuk memukul bola. Ini sahaja sudah membakar banyak kalori.

2. Lari Di Tempat Yang Tidak Rata

Berlari di tempat yang tidak rata akan lebih mudah membakar kalori berbanding kamu berlari di trek. Ini kerana kamu perlukan lebih banyak stamina untuk berlari di tempat yang berbatu ataupun berumput. Kesukaran inilah membantu untuk membakar kalori dengan lebih cepat. Aturan larian sama seperti kamu lari di trek. Agar boleh membakar 300 kalori, kamu harus berlari sehingga 30 minit.

3. Stepper

Bagi kamu yang ada alatan ini sudah pasti boleh menggunakannya namun ia agak lambat sedikit untuk menurunkan kalori. Seperti kamu naik tangga, tangan kurang bergerak kecualilah kamu melepaskan tangan. Itu akan menambahkan sedikit kesukaran ketika menggunakan alat ini. Untuk mencapai 300 kalori dalam 30 minit, kamu harus mengatur alat pada tahap kelajuan 5. Pertahankan tahap kelajuan tersebut hingga selesai. Sekiranya kamu terasa penat perlahankan langkah kamu.

4. Berenang

Faedah berenang, kamu akan melatih seluruh otot tubuh dalam satu latihan. Ini kerana seluruh otot akan bergerak sehingga lebih banyak kalori yang terbakar. Hanya di perlukan 20 minit untuk membakar 300 kalori. Tetapi perlu diingatkan kamu harus berenang non stop serta variasikan gaya renang kamu sehingga seluruh otot tubuh terlatih dengan baik.

5. Lompat Tali

Latihan ini boleh membakar 300 kalori hanya dalam masa 15 minit. Pantas bukan? Ia juga mudah, tidak perlu mengeluarkan wang, boleh di lakukan di mana-mana serta bila-bila masa. Namun kamu perlu terus melompat dengan kelajuan yang sama dan tidak boleh melambatkan lompatan kerana tali tidak akan berputar.

Friday, May 14, 2010

Riaskan mahkotamu




semua nk ada rambut yg cntik kn..hehehe...
sy pun sama sekarg dlm pembaharuan...nak simpan rambut panjang
hurm..dr kecik xpnh simpan rambut pnjg..syg kn klu x mst rambut sy dah pnjg..
maklum la time kck dulu sy ni kearah lelaki skit so agak rimas dah benci rambut pnjg..mama sy pun skit2 akan potong rambut sy..
hehehe..bila dah umur 20 ni sy pun bt azam br nak simpan rambut pnjg..harap2 sy dpt jge rambut dgn elok...hehehe..:)

Saturday, May 8, 2010


10 Makanan Elak Penyakit

Usah takut pada penyakit andai pola makanan kamu betul dan berkhasiat. Oleh kerana itu, pastikan kamu tahu makanan apa yang baik supaya penyakit tidak mudah datang. Berikut antara yang boleh kamu jadikan sebagai amalan pemakanan kamu.

1.Brokoli - Pencegah Kanser Serviks

Kandungan asam folat yang tinggi pada brokoli menghentikan virus pencetus kanser serviks. Demikian kajian yang di lakukan oleh University Of Alabama.

2. Bayam - Pelindung mata

The National Institute Of Health, AS, mendapati mereka yang mengambil sumber lutein mencukupi, kebarangkalian menghadapi risiko yang lebih kecil untuk mengalami masalah penurunan penglihatan iaitu sebanyak 43 peratus. Sumber lutein boleh didapati pada daun berwarna hijau seperti bayam dan ia merupakan antara pilihan terbaik untuk dijadikan makanan bagi menjaga penglihatan.

3. Bawang Putih - Pelindung Prostat

Senyawa kimia yang terkandung di dalam bawang putih terbukti mampu menurunkan risiko kanser prostat hingga 50 peratus.

4. Daging Merah - Menyuburkan Rambut

Zat besi yang ada di dalam daging merangsang pertumbuhan rambut. Daging juga kaya dengan zink yangmembantu melindungi rambut dari keguguran.

5. Kopi - Perangsang Otak

Kopi merupakan sumber antioksida. Kopi juga dapat membantu menurunkan risiko penyakit Alzheimer sebanyak 60 peratus. Asalkan kamu tidak meminumnya hingga bergelas-gelas setiap hari.

6. Teh Hijau - Penjaga Payudara

Menurut kajian yang di lakukan Dr Gail Sonenshein, ahli biokimia dari Boston University, AS, teh hijau yang mengandungi polifenol yang tinggi dapat mencegah kanser payudara.

7. Tempe - Mengusir Penyakit Degeneratif

Tempe kaya akan serat, kalsium, vitamin B dan zat besi. Tempe juga mengandungi antibiotik untuk menyembuhkan infeksi dan antioksida untuk melindungi diri dari penyakit degeneratif seperti sakit jantung koronori dan sebagainya.

Friday, July 17, 2009

kampus life UITM pahang sAHAja

bila kita hidup jauh..

Powered By Blogger

Followers

Powered By Blogger